Wednesday, April 10, 2013

<< Ya Samii' >>

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dari sekolah rendah saya sangat suka menulis,bercerita..tu semua hobi sayalah..hobi saya! Saya ada diari dari sekolah rendah..korang ado? ^_^..masing2 punya sukalah kan. So, diari ada macam2 siri dah..hehe. setakat nie tak de siapa yg dpt baca..huhu. Memang simpan baik punya sbb sedih,suka,terluka,bahagia,jatuh tersungkur, bangun berdiri saya semua ada dalam tu.. ;).

Itu semua dulu, sejak bermulanya perjalanan master nie..seriusly, hobi menulis tu makin down.. :'(, diari tak tertulis even happies moment pon..bercerita masih lg lah..tapi kekadang tu simpan gak cerita sbb tak de org nak share cerita..heee. Bukan sbb tak de kawan tp masing2 sibuk tu je.. *sambil lap airmata sbb rndoo dgn semua org.

Menulis dh kurang, tp bercerita masih lagi dan yg paling menarik, saya tak bercerita dengan manusia...Haaa???? takoot tak? takoot tak? *ayat iddin,nun ajar. Sebab saya mula bercerita pada yg DIA yang berhak, walaupun DIA dah tahu semua yang terjadi dalam hidup saya kerana DIA Maha Mengetahui & DIA lah yang aturkan semuanya tetap saya nak bercerita pada DIA...

Saya jenis manusia sensitif dan kuat nangis.. *maloo jap, tapi itulah kekurangan & kelebihan saya. Dari kecik2 kalau bergaduh dgn kwn2,semuaaaanya nak ngadu kat mak...kalah main badminton,nangis call mak bg tau...kalau dok ingat2 balik memang rasa cm kelakar pon ade tp dulu kanak2 kan,tak fikir panjang dan dulu suka ngadu sbb semata nak mak pujuk tu je.. :). *rndoonya nak peluk mak..

Tapi sejak permergian arwah mak, saya mulakan menulis sbb saya jadi tak tentu arah sbb mak dah tak de saya nak ngadu..dah tak de org nak dengar saya merungut pasal itu dan ini..dah tak de org nak pujuk kalau saya mengadu pon..tak de dah.. :'( *ini qada' & qadar saya.

Tahun berganti tahun, saya belajar..saya faham..saya mula berfikir..memang bila kita sedih,suka kita perlukan tempat berkongsi..sekurang2 nya dengar kita tapi kita kena faham tak selamanya dan setiap masa ada yang nak mendengar kita sbb masing2 ada hidup dan perihal masing2..maka,saya mula bukakan hati dan cerita dengan berkongsi kisah sedih & gembira saya pada DIA. Mula2 memang rasa cam pelik je tapi Alhamdulillah bila saya lebih mendekatkan diri dengan DIA,kita takkan rasa pelik malah lebih selesa dan tenang kerana segala yang ada dan yg terjadi dalam hidup saya terjadi dengan IZIN dariNya..

DIA yang mengatur,memberikan dan mengurniakan segalanya..dan DIA jua yang menguji saya..DIA,ALLAHU RABBI..mengapa perlu saya mengharapkan yang lain mendengar dan bersedih bila tiada yg nak mendengar kerana DIA sentiasa ada untuk mendengar rintihan,rayuan,rungutan,pujian dan perkongsian dari hambaNya..

Banyak kebaikan bila kita berbicara denganNya..Subhanallah,rasa hati tak yah cakaplah..hanya Dia yang tahu tenang dan lega macam mana..^_^.percayalah, bila mana hanya DIA menjadi tempat bergantung yg UTAMA dan DIAlah tempat kita meminta..hanya DIA, In Shaa ALLAH hidup kita kan lebih baik..sgt..terjaga...

Izin saya berkata, bila cinta DIA menjadi dambaan kita..yg lain In Shaa ALLAH menyusul tapi perlu kita tahu dalam mengejar cintaNya..akn dtg pelbagai dugaan dan ujian,maka bertabahlah dan kuatkan hati..memang bukan mudah tapi kekuatan hati kita akan jadi pendinding jiwa yang rapuh..pasti..In Shaa ALLAH..

Ya Rabb,

Berikanku cinta dan kasih sayangMu,
Berikanku cinta insan yg menicntaiMu,
Berikanku kecintaan kepada amal soleh yg membawa kepada kecintaanMu,

Aamiin Ya Rabb Al Aamiin..


Sunday, November 4, 2012

The 1st one in the gang! ^_^.

Assalammualaikum warahamtullahi wabarakatuh..

Hari nie 4 November 2012, ada orang tu nak kahwin..huhu. Jodoh itu rahsia ALLAH, dah sampai masanya..Dia akan permudahkan urusan kita.

Haa..dalam 7 org antara kami, She is the 1st one who get married!! Tahniah A'dah @ Siti Nor Aidah Mat Sehat..cet! dia potong line..hee. Nie pengantinnya..she is beautiful.. (dia memang cantik pun)..^_^.

cantik kan dia? ;)

saya nie tumpang gembiralah as one of her Bff ..hehe.Seriusly happy, nak tgk camner saya happy?
nampak kan keterujaan saya tu? what to do..niela saya..hee.

Alhamdulillah majlis dia berjalan lancar, time nie nikah je..wedding reception will be on 22 & 23 of February 2013. So,this day hanya kami iaitu kengkawan baik dia je hadir..nanti kenduri besar..In Shaa ALLAH dia jemput yg lain, and kami pun haruslah ado memeriahkan majlis nie..hehe.

Sempena hari pernikahan mak cik sorang nie, kami ada lah plan suprise sikit utk dia dan en.suaminya..huhu. Konon nak buat outdoor tp cuaca kurang baik jadi half outdoor je..hehe

Maloo...ha..buat ape tu..hee

Pls take note on our status! ;)


Puas dah bergambar,cukup2 lah saya..penuh gambar saya je..haha..mereka macam biasa..redha..^_^. So, who will be the next?

Kita tunggu turn seterusnya..In Shaa ALLAH..~

Kita tunggu antara diatas, lepas nie siapa..jeng2..^_^.

Saturday, September 1, 2012

Master's Journey - Season 2!

Bismillahir rahman nirrahim..

Syukur Alhamdulillah, Semester satu dah berlalu (Feb 2012 - Aug 2012). Hurm, rasa dah cmner buat research..baru tau..haa...tula,dulu time degree buat research main2..sekali Master by research..Amik! hee

Serius, time mula2 dapat offer memang hati nie tak nak je..siap ada hati nk mintak tukar by coursework tp tak berjaya..huhu. Last2, terima jugak dgn hati yg terbuka dan mempositifkan diri bahawa In Shaa ALLAH saya boleh buat sbb percaya dgn kata2 nie :
Allah takkan menduga kita hambaNya diluar kemampuan kita..Setiap ujian yg Allah bagi ada jalan penyelesaiannya..kita kena mencari DIA minta ditunjukan jalannya..^_^.

Untuk semester dua nie, In Shaa ALLAH saya mesti buat yg lebih baik,bukan cuba buat tp mesti buat itu yg sebaiknya..kalau cuba nanti, tak buat pon..if mesti buat..memang kena buat la..tu yg saya ajar diri saya sbb saya memang kurang rajin sikit tapi nak berjaya kena ada usaha la..kan? betul tak? mana ada kejayaan datang bergolek tanpa buat apa2..Usaha,Doa kena ada..Tiada jalan mudah untuk berjaya..

So, this semester :

1) Colloquium - Done, Alhamdulillah (29/11/2012)
2) Mock Defence - In January 2012, In Shaa ALLAH..pray for me.
3) Defence of Research Proposal (DRP) - Maybe next semester,In Shaa ALLAH..hopefully i will pass the mock defence first.

See..banyak lagi nak kena lalui ini, maka haruslah bertabahlah wahai hati..selagi tak habis master nie,selagi tula research nie merayau2 dalam kepala..huhu. tapi paling bestnya, pening camner,sedih cmner,susah camner pon..ALLAH ada..ngadu pada DIA,share everything with HIM..

Alhamdulillah DIA tolong..syukur sangat..^_^.

to be continued...

Wednesday, June 6, 2012

** Cita2 yang tidak kesampaian.. ~ **

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم


Hari nie 06 June 2012,bersamaan 16 Rejab 1433 H..adalah tarikh yg cukup istimewa dalam hidup sy. Yang mana, hari nie adalah merupakan tarikh kelahiran allahyarhamah bonda sy..walaupun beliau telah pergi meningalkan sy dan keluarga sejak 22 Mei 2004,tarikh ini takkan pernah sy lupakan hingga hujung nyawa sy..tarikh kelahiran insan yg amat sy sygi dan rindoooi...


Imbas kembali...

Dulu2, bila nk dekat birthday mak..mesti sibuk kumpul duit or korek duit tabung sebab nak beli hadiah utk mak..suka pegi kedai hadiah RM2 sebab kat situ murah dan banyak hadiah comel2..suka sgt..huhu..suka sbb nk bagi kat mak..dan Alhamdulillah mak selalu suka dgn hadiah yg sy beli even kecik dan murah mak mesti suka,senyum dan cakap "terima kasih kakak..". Sy x takkan pernah berhenti tersenyum bila tgk senyuman mak..sy akan ckp kat mak, " Nanti kakak dah keje, kakak dapat gaji..kakak beli hadiah best utk mak, tak pun..mak mintak ape je..nanti kakak belikan..insyaALLAH,everything utk mak.. " *sambil peluk mak..Mak akan balas, " InsyaALLAH, anak mak akan berjaya..nanti kakak jgn lupa mak ngan abah..".. *sambil cam nak nangis.. "kakak takkan lupakan mak ngan abah,insyaALLAH..."..


Kini,semuanya tinggal kenangan tp kenangan yg cukup indah bg sy bila sy dapat merasakan kasih syg seorang ibu utk 16 tahun hayat sy lepas..sy bersyukur,Alhamdulillah kerana diberi peluang merasakan indahnya hidup dengan kasih dan syg seorang Ibu..berbanding adik2 sy yg tak sempat merasa belaian mak.. syukur..syukur Ya ALLAH..



*Cita2 utk belikan something utk mak guna duit gaji sendiri x penah sy lupakan tp apekan daya, ini Qada' dan Qadar dari ALLAH..sy redha dengan pemergiannya..doa sy tetap menjd hadiah istimewa buat allahyarhamah bonda tersyg..


P/s : Setiap mereka yg merasakan kehilangan pasti menjd insan yg sgt menghargai..sy percaya dengan ketetapan yg ALLAH aturkan dalam kehidupan sy pasti ada hikmah yg terbaik utk sy..bagi mereka yg tidak tau menghargai kedua ibu-bapa,merekalah insan yg rugi lagi miskin kerana harta paling berharga dunia akhirat ialah ibu dan ayah kita..

"tiada apa yg boleh menggantikan tempat mahupun kasih dan sayang ibu ayah,bahkan doa mereka yg penuh barakah..jadilah insan yg mengukir senyuman di wajah ayah dan ibu, pasti redha Allah bersama mengiiringi senyuman ibu dan ayah buat kita.."








Monday, May 14, 2012

~ ~ Perjalanan Bermula ~ ~

Assalammualaikum...wbt


In the name of Allah , Most Gracious and Most Merciful 


   
    Alhamdulillah, hari nie 15 Mei 2012..Setelah 62 hari  melalui perjalanan indah ini, baru hari nie rase nak mencoretkan sesuatu sebagai kenangan perMULAan perjuangan ini..InsyaAllah.Saya sendiri tak pernah sangka akan ke tahap ini kerana saya datang dari keluarga yg biasa2 sahaja,jadi dulu2nya ingat belajar sampai degree je dah habis..rupanya tidak begitu,ada lagi atas2 nye ^_^..Alhamdulillah di atas rezeki dan peluang yg diberikan utk sambung Master dan insyaAllah, bakal menjadi tenaga pengajar..Aamiin.. Semua nie bagi saya adalah apa yang Allah sudah berikan dan kurniakan dalam hidup saya,dan Dia meletakkan saya ke tahap ini berdasarkan kemampuan saya dan Dia mahu saya lalui semua..insyaAllah.Terima Kasih ALLAH, Alhamdulillah..
   


  Dalam kehidupan setiap dari kita,Allah dah menetapkan sesuatu dugaan dan kemanisannya mengikut kemampuan kita semua.Jadi,kita wajib berSYUKUR atas ape jua yg ALLAH berikan..bersangka baik pada ALLAH dan percayalah setiap dari aturanNya ada hikmah yg tersendiri kerana Dia Maha Mengetahui..Bila mana saya diberi peluang utk melalui perjalanan ini, saya bertambah berTUAH kerana dikelilingi sahabat2 yg cukup manis dan baik..Subhanallah, indah aturan ALLAH..


Time Konsert Opick - Zehan, Nisa, Fizah N me.. ^_^
Nurun, Zehan,Nisa N Me - Masjid Putrajaya
Ikea! 
Cendol time - Kak lili,fizah, nurul N Aein

Masjid Negeri - Zehan & Nisa! 
Nurul's Birthday! 
Pilot Study - Aein's study
Ngantuk @ IPSIS with Fizah!
Pose! { Aina, Nisa, Aein & Fizah }

Mereka menemani saya dalam perjalanan ini, saya berdoa kami semua akan sama2 berjaya dengan azam dan impian masing2..insyaALLAH, banyak lagi kami kena belajar..tapi inilah permulaan perjalanan saya..to be continue..~

Tuesday, May 8, 2012

"Bidadari in the making,insyaAllah.."

Assalammualaikum w.b.t..


24th March - 25th March 2012 - Bidadari Dunia 2012


SLOT 1 - Ustazah Fatimah Syarha : "Bidadari Impian"


* Asiah Binti Muzahim - Isteri firaun, Ibu angkat Nabi Musa a.s, dibunuh kerana mempertahankan aqidahnya


Dalam kisah Asiah, dia merupakan wanita yang sangat TABAH dan CEKAL.dia diduga dengan berkahwin dengan manusia paling RIAK, TAKBUR,KEJAM dan merasakan dirinya tuhan.Betapa hebatnya dugaan yang diuji kepada Asiah, TAPI adakah dia MENGALAH? BERPUTUS ASA? BERPALING DARI ALLAH?? tidak sama sekali, sedikit pon dia tidak gentar dengan FIRAUN dan ugutan SEKSA dan BUNUH malah dia semakin MENDEKATkan DIRI PADA ALLAH dan yakin dengan JANJI ALLAH.


* Maryam Binti Imran - Ibu Nabi Isa a.s, anak Imran dan Hannah yan dinazarkan ke Baitul Maqdis(Sebuah Masjid dan Pusat Ilmu), Mengandung seorang anak tanpa ayah,mencintai ALLAH,Rasul dan Ilmu.


Dalam perjuangan Maryam, dia seorang anak yang TAAT dan menjadi insan yang sangat meRENDAH DIRI dengan mengabdikan diri pada ALLAH dengan penuh ikhlas. Walaupun diduga dengan ujian 'Mengandung tanpa Ayah', Maryam redha dengan dugaan berikut dan terus yakin serta beribadah kepada ALLAH kerana Maryam yakin pasti ALLAH ada aturan yang TERBAIK untuk dia. Betapa hebatnya AKIDAH Maryam tidak pernah MENYALAHkan ALLAH  di atas DUGAAN ini..Jika KITA?? pasti kita sudah berPRASANGKA BURUK pada ALLAH..Astagfirullah al-azim.



-          * Khadijah Binti Khuwalid : isteri kesayangan Rasulullah S.A.W

Menjadi kesayangan Allah kerana saidatina Khadijah amat menyayangi Rasulullah dan melayan Rasulullah dengan penuh kasih saying dan kelembutan.Sentiasa menyokong dan berada dekat Rasulullah ketika baginda memerlukan beliau.

Fatimah Az-zahra : Anak Rasulullah S.A.W

Seorang anak yang taat,pandai menguruskan cinta. Seorang isteri yang pandai menguruskan urusan rumah dengan baik.Sentiasa menjadi contoh kerana kecerdikan dan ketaatannya bukan kerana kecantikannya.

P/s : Jadikan Allah yang utama dalam hidup, Jadikan Allah sebab untuk hidup dan sebab pengakhiran kehidupan.

Menghadapi dugaan dengan penuh ketabahan dan yakin dengan janji dan jaminan Allah,insyaAllah.

SLOT 2 : Ustazah Hjh Zawiah Binti Hassan “ Cahaya Kemanisan Iman”

-        - Kasih sayang sentiasa ada turun dan naik begitu juga IMAN, kita kena sentiasa menjaga IMAN sebagaimana kita menjaga kasih sayang.

-         - Jaga ibadah, jaga hak2 Allah..insyaAllah hak kita akan dijaga.

-     - Jika dah bersuami, TAAT pada suami selagi tidak melanggar AKIDAH dan SYARIAT.

  SLOT 3 : Dr. Hjh Nikki Shuhada Shukor “Bijak wang & kerjaya”

-          Sentiasa menyimpan sikit @ banyak, utk masa depan dan kecemasan
-          Perlindungan takaful dan kesihatan untuk diri sendiri dan keluarga

5 tabiat wanita berjaya :
  1.   Berfikiran positif
  2.   Pilih kawan yang betul
  3.   Mulakan membaca buku
  4.   Hadiri seminar
  5.   Melawat tempat yang hebat
P/s : Nak jadi wanita yang berjaya dan bekerjaya, kena pandai mengurus masa dan keluarga..insyaAllah.

SLOT 4 : Dato’ Siti NorBahyah “ Wanita penyejuk jiwa”

15 tips wanita penyejuk jiwa.. ^_^

  1.   Nur ‘KEIMANAN’ yang memancar diwajah
-          Buat apa yang Allah SURUH, tinggalkan apa yang Allah LARANG
-          Basahi bibir dengan berzikir

  1.   Akhlak yang terpuji
-          “Wanita adalah tiang Ummah”
-          Jaga tingkah laku, tidak berkelakuan tidak senonoh dan menyentuh yang HARAM

  1.   ILMU PENGETAHUAN untuk jadi wanita yang bijaksana
-          Ada ilmu dan di amalkan
-          Cerdik dan berfikiran luas serta bijaksana dalam membuat keputusan

  1.   Menjadi isteri IDAMAN suami
6 sebab isteri perlu menTAATi suami :
                                             i.            Kerana perintah ALLAH
                                           ii.             Kedudukan suami sebagai Pemimpin
                                          iii.            Kewajipan sebagai seorang ISTERI
                                         iv.            Untuk mendapat PAHALA di sisi ALLAH dan SYURGA
                                           v.            Memburu keREDHAan ALLAH
                                         vi.            Menjauhi azab api neraka

  1.   SENYUMAN MANIS buat SUAMI tercinta
-          Senyuman adalah menguatkan 14 otot “AWET MUDA”
-          Masam merangsang 72 otot “CEPAT TUA”

  1.   BerHIAS dan berDANDAN untuk SUAMI tersayang
-          Alat solek paling cantik --> SENYUMAN IKHLAS
-          Celak paling indah --> sepasang MATA yang MESRA dan LEMBUT
-          Pakaian paling cantik --> Kelembutan melayani suami dan mendidik anak2
-          Wangian paling harum --> Kebersihan dan kekemasan

  1.   MeLUANGkan masa MERAWAT DIRI
-          Jaga kesihatan,kebersihan dan melakukan senaman serta menjaga pemakanan

  1.   HATI yang penuh dengan sifat MAHMUDAH
-          Jauhi sifat MAZMUMAH (perkara2 keji)

4 RACUN HATI yang perlu dihindari :
                     i.            berLEBIHan dalam berBICARA
                   ii.            berLEBIHan dalam MELIHAT sesuatu (tidak menjga pandangan)
                  iii.            berLEBIHan ketika MAKAN
                 iv.            berLEBIHan dalam pergaulan (tida menjaga batas)

“ seorang ANAK yang memandang keDUA IBU-BAPAnya dengan penuh KASIH SAYANG, menDAPAT PAHALA seperti HAJI MABRUR.” – {Al-Baihaqi}

  1.   PENAMPILAN mengikut SYARIAT
-          Dalam firman ALLAH : “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” An-nur, ayat 31

  1. 0. Segera MEMINTA MAAF sekiranya BERSALAH dan BERSEDIA untuk meMAAFkan
-          Dalam firman ALLAH :
 “[133] Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

[134]Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

[135]Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

[136]Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

-          Memaafkan orang dan meminta maaf mampu membahagiakan dan memberi  kelegaan dalam sudut hati kita.

11.   BerSABAR menempuhi DUGAAN HIDUP

-          [200] ,Al-Imran
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

-          Wanita yang tabah dan cekal mampu menjadi isteri yang solehah dan Ibu yang Mithali

12.   Sentiasa menDERMA dan berINFAQ ke jalan kebajikan

-          Kadang-kadang ada orang dating mintak derma, mungkin benar-benar susah @ lakonan tapi itu urusan dia dengan Allah..tidak salah kita menderma, mungkin itu sekurang-kurangnya dapat membantu @ mungkin akan member kesedaran pada dia satu hari nanti, insyaALLAH.

-          Jika kita ada lebih,mengapa perlu berkira..”Tidak ada orang yang member menjadi semakin miskin, malah insyaAllah ALLAH akan membukakan pintu rezeki yang lebih luas untuk orang menderma dengan ikhlas.insyaALLAH”

13.   Bersifat PENYAYANG kepada anak-anak dan mendidik mereka menjadi ANAK yang SOLEH dan SOLEHAH

14.   Mempunyai perasaan TAKUT KEPADA ALLAH

-          Sentiasa berTAUBAT pada ALLAH
-          Sentiasa mengingati dan kembali kepadaNYA dalam apa jua keadaan

15.   Menjadi Anak yang menDAPAT keREDHAan IBU BAPA

-          Jalankan tanggungjawab sebagai anak yang soleh dan solehah
-          Jangan pernah menyakiti perasaan ibu bapa dan berkasar pada mereka
-          Jadilah ANAK yang menDAPAT REDHA IBU BAPA kerana ALLAH juga akan meREDHAI kita.









Wednesday, January 25, 2012

@>--- Kelemahan utk diperbaiki Bukan utk diselindungi mahupun ditutupi...

Assalammualaikum w.b.t . . .


Alhamdulillah, bersyukur diatas nikmat kehidupan yg masih diberikan sehingga ke hari ini.. Aku masih diberi peluang utk bernafas, utk berusaha , utk menjadi anak yg baik kepada Abah, utk menjadi kakak kepada adik2 sy dan utk menjadi Mukminah yg sejati..InsyaAllah.. :)


Beberape hari yg lepas, sy berusaha mencari isu dan menyiapkn proposal utk bakal research sy..tp mungkin kerana USAHA sy yg x seberapa n ILMU PENGETAHUAN yg x masih cetek..sy buat satu proposal yg sgt rendah nilainya..apetah lagi KELEMAHANnya di sini - sana.. agak teriklan dengan potensi diri utk sambung master, banyak persoalan yg mula di utarakan di minda, antaranya :


1. Mampukah sy nk sambung MASTER???
2. Mampukah sy memperbaiki KELEMAHAN sy???
3. Adakah sy mampu jadi LEBIH BAIK dr skang??
4. Can i improve myself???
5. Can i learn n have better english knowledge n improvement???


MAMPUKAH SY??? CAN I?????


Kekecewaan melanda hati, menitis airmata mengenangkan diri yg lemah dan kerdil ini..tetapi disaat sy menangisi KELEMAHAN..dtg satu KEKUATAN dr ruang kecil hati yg menjawab semua soalan yg diutarakn minda...


" Saya Mampu! Saya Boleh! KELEMAHAN BUKAN UTK DITUTUPI tap UTK DIPERBAIKI.."


tatkala mendengar suara kecil itu, segera minda terbuka luas dan kembali berfikir, benar kata suara kecil itu..
mengapa perlu ditangisi KELEMAHAN itu, PERBAIKI ia kerana sy masih punya PELUANG utk membuat PERUBAHAN dan PENINGKATAN ...Subhanallah, sesungguhnya Allah sentiasa membuka jalan utk hambaNya memperbetulkan dirinya janji hambaNya berUSAHA, berDOA dan terus MENCUBA dan MELAKUKANnya tanpa PUTUS ASA..insyaAllah..


Hati berbunga kembali dengan semangat yg kuat dan keyakinan terhadap jaminan Allah..bak pepatah Arab


"Man Jadda, wa Jadda..Man Zara'a, wa Hasala"