Wednesday, April 10, 2013

<< Ya Samii' >>

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dari sekolah rendah saya sangat suka menulis,bercerita..tu semua hobi sayalah..hobi saya! Saya ada diari dari sekolah rendah..korang ado? ^_^..masing2 punya sukalah kan. So, diari ada macam2 siri dah..hehe. setakat nie tak de siapa yg dpt baca..huhu. Memang simpan baik punya sbb sedih,suka,terluka,bahagia,jatuh tersungkur, bangun berdiri saya semua ada dalam tu.. ;).

Itu semua dulu, sejak bermulanya perjalanan master nie..seriusly, hobi menulis tu makin down.. :'(, diari tak tertulis even happies moment pon..bercerita masih lg lah..tapi kekadang tu simpan gak cerita sbb tak de org nak share cerita..heee. Bukan sbb tak de kawan tp masing2 sibuk tu je.. *sambil lap airmata sbb rndoo dgn semua org.

Menulis dh kurang, tp bercerita masih lagi dan yg paling menarik, saya tak bercerita dengan manusia...Haaa???? takoot tak? takoot tak? *ayat iddin,nun ajar. Sebab saya mula bercerita pada yg DIA yang berhak, walaupun DIA dah tahu semua yang terjadi dalam hidup saya kerana DIA Maha Mengetahui & DIA lah yang aturkan semuanya tetap saya nak bercerita pada DIA...

Saya jenis manusia sensitif dan kuat nangis.. *maloo jap, tapi itulah kekurangan & kelebihan saya. Dari kecik2 kalau bergaduh dgn kwn2,semuaaaanya nak ngadu kat mak...kalah main badminton,nangis call mak bg tau...kalau dok ingat2 balik memang rasa cm kelakar pon ade tp dulu kanak2 kan,tak fikir panjang dan dulu suka ngadu sbb semata nak mak pujuk tu je.. :). *rndoonya nak peluk mak..

Tapi sejak permergian arwah mak, saya mulakan menulis sbb saya jadi tak tentu arah sbb mak dah tak de saya nak ngadu..dah tak de org nak dengar saya merungut pasal itu dan ini..dah tak de org nak pujuk kalau saya mengadu pon..tak de dah.. :'( *ini qada' & qadar saya.

Tahun berganti tahun, saya belajar..saya faham..saya mula berfikir..memang bila kita sedih,suka kita perlukan tempat berkongsi..sekurang2 nya dengar kita tapi kita kena faham tak selamanya dan setiap masa ada yang nak mendengar kita sbb masing2 ada hidup dan perihal masing2..maka,saya mula bukakan hati dan cerita dengan berkongsi kisah sedih & gembira saya pada DIA. Mula2 memang rasa cam pelik je tapi Alhamdulillah bila saya lebih mendekatkan diri dengan DIA,kita takkan rasa pelik malah lebih selesa dan tenang kerana segala yang ada dan yg terjadi dalam hidup saya terjadi dengan IZIN dariNya..

DIA yang mengatur,memberikan dan mengurniakan segalanya..dan DIA jua yang menguji saya..DIA,ALLAHU RABBI..mengapa perlu saya mengharapkan yang lain mendengar dan bersedih bila tiada yg nak mendengar kerana DIA sentiasa ada untuk mendengar rintihan,rayuan,rungutan,pujian dan perkongsian dari hambaNya..

Banyak kebaikan bila kita berbicara denganNya..Subhanallah,rasa hati tak yah cakaplah..hanya Dia yang tahu tenang dan lega macam mana..^_^.percayalah, bila mana hanya DIA menjadi tempat bergantung yg UTAMA dan DIAlah tempat kita meminta..hanya DIA, In Shaa ALLAH hidup kita kan lebih baik..sgt..terjaga...

Izin saya berkata, bila cinta DIA menjadi dambaan kita..yg lain In Shaa ALLAH menyusul tapi perlu kita tahu dalam mengejar cintaNya..akn dtg pelbagai dugaan dan ujian,maka bertabahlah dan kuatkan hati..memang bukan mudah tapi kekuatan hati kita akan jadi pendinding jiwa yang rapuh..pasti..In Shaa ALLAH..

Ya Rabb,

Berikanku cinta dan kasih sayangMu,
Berikanku cinta insan yg menicntaiMu,
Berikanku kecintaan kepada amal soleh yg membawa kepada kecintaanMu,

Aamiin Ya Rabb Al Aamiin..


No comments:

Post a Comment