Monday, May 14, 2012

~ ~ Perjalanan Bermula ~ ~

Assalammualaikum...wbt


In the name of Allah , Most Gracious and Most Merciful 


   
    Alhamdulillah, hari nie 15 Mei 2012..Setelah 62 hari  melalui perjalanan indah ini, baru hari nie rase nak mencoretkan sesuatu sebagai kenangan perMULAan perjuangan ini..InsyaAllah.Saya sendiri tak pernah sangka akan ke tahap ini kerana saya datang dari keluarga yg biasa2 sahaja,jadi dulu2nya ingat belajar sampai degree je dah habis..rupanya tidak begitu,ada lagi atas2 nye ^_^..Alhamdulillah di atas rezeki dan peluang yg diberikan utk sambung Master dan insyaAllah, bakal menjadi tenaga pengajar..Aamiin.. Semua nie bagi saya adalah apa yang Allah sudah berikan dan kurniakan dalam hidup saya,dan Dia meletakkan saya ke tahap ini berdasarkan kemampuan saya dan Dia mahu saya lalui semua..insyaAllah.Terima Kasih ALLAH, Alhamdulillah..
   


  Dalam kehidupan setiap dari kita,Allah dah menetapkan sesuatu dugaan dan kemanisannya mengikut kemampuan kita semua.Jadi,kita wajib berSYUKUR atas ape jua yg ALLAH berikan..bersangka baik pada ALLAH dan percayalah setiap dari aturanNya ada hikmah yg tersendiri kerana Dia Maha Mengetahui..Bila mana saya diberi peluang utk melalui perjalanan ini, saya bertambah berTUAH kerana dikelilingi sahabat2 yg cukup manis dan baik..Subhanallah, indah aturan ALLAH..


Time Konsert Opick - Zehan, Nisa, Fizah N me.. ^_^
Nurun, Zehan,Nisa N Me - Masjid Putrajaya
Ikea! 
Cendol time - Kak lili,fizah, nurul N Aein

Masjid Negeri - Zehan & Nisa! 
Nurul's Birthday! 
Pilot Study - Aein's study
Ngantuk @ IPSIS with Fizah!
Pose! { Aina, Nisa, Aein & Fizah }

Mereka menemani saya dalam perjalanan ini, saya berdoa kami semua akan sama2 berjaya dengan azam dan impian masing2..insyaALLAH, banyak lagi kami kena belajar..tapi inilah permulaan perjalanan saya..to be continue..~

Tuesday, May 8, 2012

"Bidadari in the making,insyaAllah.."

Assalammualaikum w.b.t..


24th March - 25th March 2012 - Bidadari Dunia 2012


SLOT 1 - Ustazah Fatimah Syarha : "Bidadari Impian"


* Asiah Binti Muzahim - Isteri firaun, Ibu angkat Nabi Musa a.s, dibunuh kerana mempertahankan aqidahnya


Dalam kisah Asiah, dia merupakan wanita yang sangat TABAH dan CEKAL.dia diduga dengan berkahwin dengan manusia paling RIAK, TAKBUR,KEJAM dan merasakan dirinya tuhan.Betapa hebatnya dugaan yang diuji kepada Asiah, TAPI adakah dia MENGALAH? BERPUTUS ASA? BERPALING DARI ALLAH?? tidak sama sekali, sedikit pon dia tidak gentar dengan FIRAUN dan ugutan SEKSA dan BUNUH malah dia semakin MENDEKATkan DIRI PADA ALLAH dan yakin dengan JANJI ALLAH.


* Maryam Binti Imran - Ibu Nabi Isa a.s, anak Imran dan Hannah yan dinazarkan ke Baitul Maqdis(Sebuah Masjid dan Pusat Ilmu), Mengandung seorang anak tanpa ayah,mencintai ALLAH,Rasul dan Ilmu.


Dalam perjuangan Maryam, dia seorang anak yang TAAT dan menjadi insan yang sangat meRENDAH DIRI dengan mengabdikan diri pada ALLAH dengan penuh ikhlas. Walaupun diduga dengan ujian 'Mengandung tanpa Ayah', Maryam redha dengan dugaan berikut dan terus yakin serta beribadah kepada ALLAH kerana Maryam yakin pasti ALLAH ada aturan yang TERBAIK untuk dia. Betapa hebatnya AKIDAH Maryam tidak pernah MENYALAHkan ALLAH  di atas DUGAAN ini..Jika KITA?? pasti kita sudah berPRASANGKA BURUK pada ALLAH..Astagfirullah al-azim.



-          * Khadijah Binti Khuwalid : isteri kesayangan Rasulullah S.A.W

Menjadi kesayangan Allah kerana saidatina Khadijah amat menyayangi Rasulullah dan melayan Rasulullah dengan penuh kasih saying dan kelembutan.Sentiasa menyokong dan berada dekat Rasulullah ketika baginda memerlukan beliau.

Fatimah Az-zahra : Anak Rasulullah S.A.W

Seorang anak yang taat,pandai menguruskan cinta. Seorang isteri yang pandai menguruskan urusan rumah dengan baik.Sentiasa menjadi contoh kerana kecerdikan dan ketaatannya bukan kerana kecantikannya.

P/s : Jadikan Allah yang utama dalam hidup, Jadikan Allah sebab untuk hidup dan sebab pengakhiran kehidupan.

Menghadapi dugaan dengan penuh ketabahan dan yakin dengan janji dan jaminan Allah,insyaAllah.

SLOT 2 : Ustazah Hjh Zawiah Binti Hassan “ Cahaya Kemanisan Iman”

-        - Kasih sayang sentiasa ada turun dan naik begitu juga IMAN, kita kena sentiasa menjaga IMAN sebagaimana kita menjaga kasih sayang.

-         - Jaga ibadah, jaga hak2 Allah..insyaAllah hak kita akan dijaga.

-     - Jika dah bersuami, TAAT pada suami selagi tidak melanggar AKIDAH dan SYARIAT.

  SLOT 3 : Dr. Hjh Nikki Shuhada Shukor “Bijak wang & kerjaya”

-          Sentiasa menyimpan sikit @ banyak, utk masa depan dan kecemasan
-          Perlindungan takaful dan kesihatan untuk diri sendiri dan keluarga

5 tabiat wanita berjaya :
  1.   Berfikiran positif
  2.   Pilih kawan yang betul
  3.   Mulakan membaca buku
  4.   Hadiri seminar
  5.   Melawat tempat yang hebat
P/s : Nak jadi wanita yang berjaya dan bekerjaya, kena pandai mengurus masa dan keluarga..insyaAllah.

SLOT 4 : Dato’ Siti NorBahyah “ Wanita penyejuk jiwa”

15 tips wanita penyejuk jiwa.. ^_^

  1.   Nur ‘KEIMANAN’ yang memancar diwajah
-          Buat apa yang Allah SURUH, tinggalkan apa yang Allah LARANG
-          Basahi bibir dengan berzikir

  1.   Akhlak yang terpuji
-          “Wanita adalah tiang Ummah”
-          Jaga tingkah laku, tidak berkelakuan tidak senonoh dan menyentuh yang HARAM

  1.   ILMU PENGETAHUAN untuk jadi wanita yang bijaksana
-          Ada ilmu dan di amalkan
-          Cerdik dan berfikiran luas serta bijaksana dalam membuat keputusan

  1.   Menjadi isteri IDAMAN suami
6 sebab isteri perlu menTAATi suami :
                                             i.            Kerana perintah ALLAH
                                           ii.             Kedudukan suami sebagai Pemimpin
                                          iii.            Kewajipan sebagai seorang ISTERI
                                         iv.            Untuk mendapat PAHALA di sisi ALLAH dan SYURGA
                                           v.            Memburu keREDHAan ALLAH
                                         vi.            Menjauhi azab api neraka

  1.   SENYUMAN MANIS buat SUAMI tercinta
-          Senyuman adalah menguatkan 14 otot “AWET MUDA”
-          Masam merangsang 72 otot “CEPAT TUA”

  1.   BerHIAS dan berDANDAN untuk SUAMI tersayang
-          Alat solek paling cantik --> SENYUMAN IKHLAS
-          Celak paling indah --> sepasang MATA yang MESRA dan LEMBUT
-          Pakaian paling cantik --> Kelembutan melayani suami dan mendidik anak2
-          Wangian paling harum --> Kebersihan dan kekemasan

  1.   MeLUANGkan masa MERAWAT DIRI
-          Jaga kesihatan,kebersihan dan melakukan senaman serta menjaga pemakanan

  1.   HATI yang penuh dengan sifat MAHMUDAH
-          Jauhi sifat MAZMUMAH (perkara2 keji)

4 RACUN HATI yang perlu dihindari :
                     i.            berLEBIHan dalam berBICARA
                   ii.            berLEBIHan dalam MELIHAT sesuatu (tidak menjga pandangan)
                  iii.            berLEBIHan ketika MAKAN
                 iv.            berLEBIHan dalam pergaulan (tida menjaga batas)

“ seorang ANAK yang memandang keDUA IBU-BAPAnya dengan penuh KASIH SAYANG, menDAPAT PAHALA seperti HAJI MABRUR.” – {Al-Baihaqi}

  1.   PENAMPILAN mengikut SYARIAT
-          Dalam firman ALLAH : “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” An-nur, ayat 31

  1. 0. Segera MEMINTA MAAF sekiranya BERSALAH dan BERSEDIA untuk meMAAFkan
-          Dalam firman ALLAH :
 “[133] Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

[134]Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

[135]Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

[136]Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

-          Memaafkan orang dan meminta maaf mampu membahagiakan dan memberi  kelegaan dalam sudut hati kita.

11.   BerSABAR menempuhi DUGAAN HIDUP

-          [200] ,Al-Imran
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

-          Wanita yang tabah dan cekal mampu menjadi isteri yang solehah dan Ibu yang Mithali

12.   Sentiasa menDERMA dan berINFAQ ke jalan kebajikan

-          Kadang-kadang ada orang dating mintak derma, mungkin benar-benar susah @ lakonan tapi itu urusan dia dengan Allah..tidak salah kita menderma, mungkin itu sekurang-kurangnya dapat membantu @ mungkin akan member kesedaran pada dia satu hari nanti, insyaALLAH.

-          Jika kita ada lebih,mengapa perlu berkira..”Tidak ada orang yang member menjadi semakin miskin, malah insyaAllah ALLAH akan membukakan pintu rezeki yang lebih luas untuk orang menderma dengan ikhlas.insyaALLAH”

13.   Bersifat PENYAYANG kepada anak-anak dan mendidik mereka menjadi ANAK yang SOLEH dan SOLEHAH

14.   Mempunyai perasaan TAKUT KEPADA ALLAH

-          Sentiasa berTAUBAT pada ALLAH
-          Sentiasa mengingati dan kembali kepadaNYA dalam apa jua keadaan

15.   Menjadi Anak yang menDAPAT keREDHAan IBU BAPA

-          Jalankan tanggungjawab sebagai anak yang soleh dan solehah
-          Jangan pernah menyakiti perasaan ibu bapa dan berkasar pada mereka
-          Jadilah ANAK yang menDAPAT REDHA IBU BAPA kerana ALLAH juga akan meREDHAI kita.