Tuesday, May 8, 2012

"Bidadari in the making,insyaAllah.."

Assalammualaikum w.b.t..


24th March - 25th March 2012 - Bidadari Dunia 2012


SLOT 1 - Ustazah Fatimah Syarha : "Bidadari Impian"


* Asiah Binti Muzahim - Isteri firaun, Ibu angkat Nabi Musa a.s, dibunuh kerana mempertahankan aqidahnya


Dalam kisah Asiah, dia merupakan wanita yang sangat TABAH dan CEKAL.dia diduga dengan berkahwin dengan manusia paling RIAK, TAKBUR,KEJAM dan merasakan dirinya tuhan.Betapa hebatnya dugaan yang diuji kepada Asiah, TAPI adakah dia MENGALAH? BERPUTUS ASA? BERPALING DARI ALLAH?? tidak sama sekali, sedikit pon dia tidak gentar dengan FIRAUN dan ugutan SEKSA dan BUNUH malah dia semakin MENDEKATkan DIRI PADA ALLAH dan yakin dengan JANJI ALLAH.


* Maryam Binti Imran - Ibu Nabi Isa a.s, anak Imran dan Hannah yan dinazarkan ke Baitul Maqdis(Sebuah Masjid dan Pusat Ilmu), Mengandung seorang anak tanpa ayah,mencintai ALLAH,Rasul dan Ilmu.


Dalam perjuangan Maryam, dia seorang anak yang TAAT dan menjadi insan yang sangat meRENDAH DIRI dengan mengabdikan diri pada ALLAH dengan penuh ikhlas. Walaupun diduga dengan ujian 'Mengandung tanpa Ayah', Maryam redha dengan dugaan berikut dan terus yakin serta beribadah kepada ALLAH kerana Maryam yakin pasti ALLAH ada aturan yang TERBAIK untuk dia. Betapa hebatnya AKIDAH Maryam tidak pernah MENYALAHkan ALLAH  di atas DUGAAN ini..Jika KITA?? pasti kita sudah berPRASANGKA BURUK pada ALLAH..Astagfirullah al-azim.



-          * Khadijah Binti Khuwalid : isteri kesayangan Rasulullah S.A.W

Menjadi kesayangan Allah kerana saidatina Khadijah amat menyayangi Rasulullah dan melayan Rasulullah dengan penuh kasih saying dan kelembutan.Sentiasa menyokong dan berada dekat Rasulullah ketika baginda memerlukan beliau.

Fatimah Az-zahra : Anak Rasulullah S.A.W

Seorang anak yang taat,pandai menguruskan cinta. Seorang isteri yang pandai menguruskan urusan rumah dengan baik.Sentiasa menjadi contoh kerana kecerdikan dan ketaatannya bukan kerana kecantikannya.

P/s : Jadikan Allah yang utama dalam hidup, Jadikan Allah sebab untuk hidup dan sebab pengakhiran kehidupan.

Menghadapi dugaan dengan penuh ketabahan dan yakin dengan janji dan jaminan Allah,insyaAllah.

SLOT 2 : Ustazah Hjh Zawiah Binti Hassan “ Cahaya Kemanisan Iman”

-        - Kasih sayang sentiasa ada turun dan naik begitu juga IMAN, kita kena sentiasa menjaga IMAN sebagaimana kita menjaga kasih sayang.

-         - Jaga ibadah, jaga hak2 Allah..insyaAllah hak kita akan dijaga.

-     - Jika dah bersuami, TAAT pada suami selagi tidak melanggar AKIDAH dan SYARIAT.

  SLOT 3 : Dr. Hjh Nikki Shuhada Shukor “Bijak wang & kerjaya”

-          Sentiasa menyimpan sikit @ banyak, utk masa depan dan kecemasan
-          Perlindungan takaful dan kesihatan untuk diri sendiri dan keluarga

5 tabiat wanita berjaya :
  1.   Berfikiran positif
  2.   Pilih kawan yang betul
  3.   Mulakan membaca buku
  4.   Hadiri seminar
  5.   Melawat tempat yang hebat
P/s : Nak jadi wanita yang berjaya dan bekerjaya, kena pandai mengurus masa dan keluarga..insyaAllah.

SLOT 4 : Dato’ Siti NorBahyah “ Wanita penyejuk jiwa”

15 tips wanita penyejuk jiwa.. ^_^

  1.   Nur ‘KEIMANAN’ yang memancar diwajah
-          Buat apa yang Allah SURUH, tinggalkan apa yang Allah LARANG
-          Basahi bibir dengan berzikir

  1.   Akhlak yang terpuji
-          “Wanita adalah tiang Ummah”
-          Jaga tingkah laku, tidak berkelakuan tidak senonoh dan menyentuh yang HARAM

  1.   ILMU PENGETAHUAN untuk jadi wanita yang bijaksana
-          Ada ilmu dan di amalkan
-          Cerdik dan berfikiran luas serta bijaksana dalam membuat keputusan

  1.   Menjadi isteri IDAMAN suami
6 sebab isteri perlu menTAATi suami :
                                             i.            Kerana perintah ALLAH
                                           ii.             Kedudukan suami sebagai Pemimpin
                                          iii.            Kewajipan sebagai seorang ISTERI
                                         iv.            Untuk mendapat PAHALA di sisi ALLAH dan SYURGA
                                           v.            Memburu keREDHAan ALLAH
                                         vi.            Menjauhi azab api neraka

  1.   SENYUMAN MANIS buat SUAMI tercinta
-          Senyuman adalah menguatkan 14 otot “AWET MUDA”
-          Masam merangsang 72 otot “CEPAT TUA”

  1.   BerHIAS dan berDANDAN untuk SUAMI tersayang
-          Alat solek paling cantik --> SENYUMAN IKHLAS
-          Celak paling indah --> sepasang MATA yang MESRA dan LEMBUT
-          Pakaian paling cantik --> Kelembutan melayani suami dan mendidik anak2
-          Wangian paling harum --> Kebersihan dan kekemasan

  1.   MeLUANGkan masa MERAWAT DIRI
-          Jaga kesihatan,kebersihan dan melakukan senaman serta menjaga pemakanan

  1.   HATI yang penuh dengan sifat MAHMUDAH
-          Jauhi sifat MAZMUMAH (perkara2 keji)

4 RACUN HATI yang perlu dihindari :
                     i.            berLEBIHan dalam berBICARA
                   ii.            berLEBIHan dalam MELIHAT sesuatu (tidak menjga pandangan)
                  iii.            berLEBIHan ketika MAKAN
                 iv.            berLEBIHan dalam pergaulan (tida menjaga batas)

“ seorang ANAK yang memandang keDUA IBU-BAPAnya dengan penuh KASIH SAYANG, menDAPAT PAHALA seperti HAJI MABRUR.” – {Al-Baihaqi}

  1.   PENAMPILAN mengikut SYARIAT
-          Dalam firman ALLAH : “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” An-nur, ayat 31

  1. 0. Segera MEMINTA MAAF sekiranya BERSALAH dan BERSEDIA untuk meMAAFkan
-          Dalam firman ALLAH :
 “[133] Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

[134]Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

[135]Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

[136]Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

-          Memaafkan orang dan meminta maaf mampu membahagiakan dan memberi  kelegaan dalam sudut hati kita.

11.   BerSABAR menempuhi DUGAAN HIDUP

-          [200] ,Al-Imran
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

-          Wanita yang tabah dan cekal mampu menjadi isteri yang solehah dan Ibu yang Mithali

12.   Sentiasa menDERMA dan berINFAQ ke jalan kebajikan

-          Kadang-kadang ada orang dating mintak derma, mungkin benar-benar susah @ lakonan tapi itu urusan dia dengan Allah..tidak salah kita menderma, mungkin itu sekurang-kurangnya dapat membantu @ mungkin akan member kesedaran pada dia satu hari nanti, insyaALLAH.

-          Jika kita ada lebih,mengapa perlu berkira..”Tidak ada orang yang member menjadi semakin miskin, malah insyaAllah ALLAH akan membukakan pintu rezeki yang lebih luas untuk orang menderma dengan ikhlas.insyaALLAH”

13.   Bersifat PENYAYANG kepada anak-anak dan mendidik mereka menjadi ANAK yang SOLEH dan SOLEHAH

14.   Mempunyai perasaan TAKUT KEPADA ALLAH

-          Sentiasa berTAUBAT pada ALLAH
-          Sentiasa mengingati dan kembali kepadaNYA dalam apa jua keadaan

15.   Menjadi Anak yang menDAPAT keREDHAan IBU BAPA

-          Jalankan tanggungjawab sebagai anak yang soleh dan solehah
-          Jangan pernah menyakiti perasaan ibu bapa dan berkasar pada mereka
-          Jadilah ANAK yang menDAPAT REDHA IBU BAPA kerana ALLAH juga akan meREDHAI kita.









Wednesday, January 25, 2012

@>--- Kelemahan utk diperbaiki Bukan utk diselindungi mahupun ditutupi...

Assalammualaikum w.b.t . . .


Alhamdulillah, bersyukur diatas nikmat kehidupan yg masih diberikan sehingga ke hari ini.. Aku masih diberi peluang utk bernafas, utk berusaha , utk menjadi anak yg baik kepada Abah, utk menjadi kakak kepada adik2 sy dan utk menjadi Mukminah yg sejati..InsyaAllah.. :)


Beberape hari yg lepas, sy berusaha mencari isu dan menyiapkn proposal utk bakal research sy..tp mungkin kerana USAHA sy yg x seberapa n ILMU PENGETAHUAN yg x masih cetek..sy buat satu proposal yg sgt rendah nilainya..apetah lagi KELEMAHANnya di sini - sana.. agak teriklan dengan potensi diri utk sambung master, banyak persoalan yg mula di utarakan di minda, antaranya :


1. Mampukah sy nk sambung MASTER???
2. Mampukah sy memperbaiki KELEMAHAN sy???
3. Adakah sy mampu jadi LEBIH BAIK dr skang??
4. Can i improve myself???
5. Can i learn n have better english knowledge n improvement???


MAMPUKAH SY??? CAN I?????


Kekecewaan melanda hati, menitis airmata mengenangkan diri yg lemah dan kerdil ini..tetapi disaat sy menangisi KELEMAHAN..dtg satu KEKUATAN dr ruang kecil hati yg menjawab semua soalan yg diutarakn minda...


" Saya Mampu! Saya Boleh! KELEMAHAN BUKAN UTK DITUTUPI tap UTK DIPERBAIKI.."


tatkala mendengar suara kecil itu, segera minda terbuka luas dan kembali berfikir, benar kata suara kecil itu..
mengapa perlu ditangisi KELEMAHAN itu, PERBAIKI ia kerana sy masih punya PELUANG utk membuat PERUBAHAN dan PENINGKATAN ...Subhanallah, sesungguhnya Allah sentiasa membuka jalan utk hambaNya memperbetulkan dirinya janji hambaNya berUSAHA, berDOA dan terus MENCUBA dan MELAKUKANnya tanpa PUTUS ASA..insyaAllah..


Hati berbunga kembali dengan semangat yg kuat dan keyakinan terhadap jaminan Allah..bak pepatah Arab


"Man Jadda, wa Jadda..Man Zara'a, wa Hasala"




Tuesday, January 17, 2012

** Selangkah **

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Hari berganti hari, tapi saya masih ditakuk lama..di manakah perubahannya? di manakah kebaikannya? aku harus bertindak pantas, perbaiki HATI dan SOLAT kemudian susuli dengan perubahan lain..Umur dan waktu tidak selamanya menunggu sehingga kita bersedia..


Alhamdulillah langkah telah diambil, tindakan telah dilaksanakan..semoga Allah tetapkan HATIKU pada perubahan ini dan melangkah dengan lebih baik..insyaALLAH.. 


Hari ini, aku telah buat account FB yg br..kenapa? sbb aku terlalu leka dgn account FB yg dulu, terlalu berbangga, terlalu lagha, terlalu menunjuk hingga lupa pada keSEDERHANAAN, lupa pada LARANGAN ALLAH, lupa pada ajaran SUNNAH.. Astagfirullah al-azim...


"Ya Allah, cekalkan dan tekadkan HATIKU pada jalan dan cahayaMu Ya Allah...Amin."


saya kongsikan bersama ilmu dari Artikel Iluvislam.com 


Setiap orang mempunya potensi untuk menjadi baik kerana mencintai kebenaran itu adalah fitrah manusia.


"Adik-adik, siapa yang menggerakkan hati untuk kamu semua baca tentang artikel-artikel tazkirah, pergi ke web islam, mendengar nasyid, datang ke usrah dan sebagainya? Jawabnya adalah Allah S.W.T jua yang menggerakkan hati-hati kamu semua. Maka jangan disia-siakan segala petunjuk itu," ujar seorang kakak pada sesi perkongsian.
Kita mahu menjadi baik tetapi di mana kesungguhan kita untuk menjadi baik itu?
Istiqamahkah kita pada jalan-jalan kebaikan?
Baik itu bagaimana sebenarnya?
Baik itu adalah apabila kita mula kembali kepada ajaran agama Allah S.W.T. Jika tidak bertudung, sudah mula mahu bertudung. Jika tidak solat, sudah mula mahu belajar solat, dan contoh-contoh lain.
Ada orang kata cukuplah aku menunaikan segala rukun yang ditetapkan.
Jawapan saya, tidak cukup baik.
Kerana anda masih tidak menunaikan hak sesama muslim.
Apa itu hak sesama muslim?
Yakni mencegah kemungkaran dan menyeru ke arah kebaikan.
Jika baik, biarlah baik yang sepenuhnya, bukan baik separuh, jahat separuh.
Bagaimana pula boleh separuh?
Seperti cerita Robin Hood. Hero itu baik, tolong orang-orang miskin yang ditindas. Tetapi jahat juga kerana dia mencuri. Tidak ke lagi bagus si Robin Hood berniaga, kemudian menjadi orang kaya dan menolong orang miskin. Selain itu boleh menjadi ahli politik, kelar dasar orang kaya yang suka menindas. Itu lebih elok dari dia pergi mencuri dan merompak.
Jadi, bagaimana anda yang punya potensi untuk menjadi baik?
Selama ini anda suka melayari web Islam atau blog seperti iluvislam.com, halaqah.net, saifulislam.com, langitilahi.com dan sebagainya.
Selama ini anda menonton cerita berunsur Islam seperti Ketika Cinta Bertasbih, Semanis Kurma, al-Kuliyyah dan sebagainya.
Selama ini anda mendengar nasyid seperti Maher Zain, Raihan.
Selama ini anda membaca majalah dan novel seperti Solusi.
Selama ini anda sering menghantar post di facebook mengenai hadis dan sebagainya.
Bukankah itu adalah potensi?
Dan potensi itu digerakkan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna itu adalah petunjuk untuk anda berubah menjadi baik.
Anda tidak perasankah selama ini?
"Suhana, kamu dengar radio apa tu? Lagu-lagu nasyid kat situ semua bestlah." Tanya rakan sekerja saya.
"Oh, radio online. Nasyid.fm, lagu-lagu kat sini memang semua best. Jarang dapat dengar dekat ikim," ujar saya.
"Itulah selalu pasang ikim.fm kalau dalam kereta. Tapi tak ada pula lagu best macam ni."
Saya terdiam.
Bagusnya, perwatakan rakan sekerja saya ini bolehlah dikatakan lelaki lembut, suka bersolek. Tetapi dia ada potensi itu.
Potensi untuk menjadi baik.
Maka jangan kita memandang orang itu dengan pandangan negatif.
Cukup baikkah kita untuk menilai dan menghukum seseorang?
Anda sentiasa mahu menghukum dan mengkritik, tetapi anda pernahkah mendoakan orang-orang yang dikritik itu menjadi baik?
Justeru, keluarkan potensi yang ada itu. Jangan biarkan ia statik tanpa dialirkan. Kita boleh menjadi lebih baik jika membina potensi baik itu dengan semaksima mungkin.
Jika mahu jadi baik, lakukan dengan kesungguhan. Jangan takut untuk menjadi baik. Cerahkan pemikiran anda bahawa baik itu disukai Allah S.W.T, kita suka jika Allah S.W.T suka bukan?
Jangan sia-siakan petunjuk yang Allah S.W.T beri. Takut nanti Allah S.W.T tidak memberi lagi.
Jika berlaku begitu, bukankah kita yang rugi?
Mari kita sama-sama menjadi baik yang sepenuhnya.
Benarlah kata Nabi saw:-
"Sesiapa yang Allah S.W.T kehendaki kebaikan padanya, akan diberi kefahaman di dalam Agama."(Hadis riwayat Ahmad di dalam Kitab Min Musnad Bani Hashim)

Saturday, December 31, 2011

~ Menjadi Diriku ~

MENJADI DIRIKU

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......
Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna
Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki


** Thanks a lot to My lovely BFF (Nurun Nashihah Binti Mohd Munjar) for this such a nice song...i like this song very much..all about me.."Menjadi diriku"


She is one of my lovely BFF n this song dedicated from her for me.. <3..~

Wednesday, December 28, 2011

** Ape yang Terbaik**

Salam....


Tiada manusia yg tak inginkan yang terbaik utk diri sendiri dan semua insan yg tersyg tp mampukah kte dapat yg terbaik dan mampukah kte berikan yg terbaik? segalanya terletak pada Nya, kerana hanya Allah maha mengetahui ape yg terbaik utk hambaNya..


Bukan niat utk merungut apetah lagi mengeluh tp apekah ini yang terbaik utk adik2 saya? Saban hari, benda yg same berulang..mampukah saya bertahan mendengar dan melihat semua tu..saya hanya mampu menitiskan airmata dan berDoa padaMu ya Allah...


Kalau ikutkan hati nak je bersuara tapi keadaan takkan jadi lebih baik tp akn jadi bertambah buruk... ble salah adik2 saya, kesilapan dorang akan diulang2 berjam2, disebut berhari2 tp kalau kesalahan anak dia? dia nampak @ buat2 x nampak? Mak, kakak tak mampu nak membela adik2 kakak secara zahir tapi kakak sentiasa mendoakan dorang dan kakak sentiasa nasihat dorang untuk belajar bersabar...maafkan kakak sebab x mampu jadi kakak yg terbaik utk adik2 kakak...


"Wahai adik2 ku bersabarlah dan tabahkan hati menghadapi dugaan ini, kakak sentiasa bersama kamu semua...biarpun,dia bukan mak kita tapi kita tetap kena menghormati dia sebagai seorang ibu..biarkan kita nampak salah dimata dia tapi bukan di mata Abah kita atau Allah..InsyaAllah ini yang terbaik"

Wednesday, October 26, 2011

~ Senyuman dlm Tangisan ~

Salam...


Happy Diwali to all indian in the world..^_^.


Tak sume angan yg indah akn menjd indah ble direalitikan...tak sume kegembiraan terserlah biarpon senyuman terselit dipipi..Alhamdulillah, sy dh rasmi bergraduasi dgn Ijazah kelas pertama..syukur ke hadrat Allah sbb sy cbe nk dptkn ANC tp mungkin usaha sy kurg + xde rezeki..bersyukur sgt dgn ape yg sy dpt..Alhmdulillah.


Konvo sy kali nie ade senyuman + tangisan..senyuman pastila kerana sy berjaya menggenggam segulung ijazah setelah berhempas pulas + tergolek2 + menghadapi ske n duka bljr..& sy tersenyum juga kerana akhirnye sy dpt pertemukan keluarga sy & keluarga en.Asyraf sy..hehe..mudh-mudhan segalanya akn dipermudahkan...Amin..insyaAllah..


Tetapi, di hari yg istimewa nie jugk..menitis airmata kesedihan..ketika sy melangkah utk menerima segulung ijazah..Abah x sampai lg..terasa sayu hati sbb abah x tgk kakak menerima ijazah...x tau kenapa terasa sgt sdih ..mungkin sbb bg sy,bukan mudah utk mendapatkan ijazah dgn kelas pertama..sy hampir ptus asa utk dptknnya..tp Alhmdulillah sy truskn usaha..sume nie utk Mak & Abah..ade la bbrpe hal yg wat kn sy menangis dihari istimewa nie kerana sedikit kekecewaan akn tetapi..sy bersyukur hari istimewa sy diraikan oleh keluarga sy & his family..together..kakak pasti mak melihat dr jauh kejayaan kakak kan..


Terima Kasih Abah & arwah Mak...terima kasih semua...^_^..~


My Family + his family

Ours

Siti Musliha & Mohd Asyraf